Oh! No Back to School!. Pada mereka yang bersekolah di asrama, memang perasaan macam ini lah yang bakal di lalui, setiap kali time buka sekolah.
Kena pack barang-barang asas, mesti ada beg besar untuk isikan barang-barang pakaian dan makanan.
Saya melalui fasa zaman sekolah berasrama kerajaan agama, kemudian di sekolah sains berasrama penuh kerajaan. So, sedikit sebanyak saya boleh kongsikan pengalaman yang sedikit ini.
First thing, sekolah asrama agama kerajaan negeri, sekolahnya tidak dapat banyak peruntukan, jadi sekolahnya agak low standard dan facilities nya agak kurang berbanding dengan sekolah asrama penuh kerajaan.
So, masalah utama pada masa itu adalah AIR. Yes, AIR sangat lah berharga. Nak mandi, basuh baju, tandas, susah kalau ada masalah AIR. Tandas pulak sampai sekarang saya ingat lagi... kotor ye...
Pihak sekolah agama tidak mahu letakkan perutunkkan yang tinggi untuk tandas. Samalah macam you all pergi masjid yang pentadbiranya orang lama, bila masuk bahagian tandas aja... Alamak teruknya.. Ini tak mencerminkan islam itu bersih. Begitu jugalah di asrama sekolah agama.
Walaupun teruk, saya terpaksa lah juga hadapkan dan pandai-pandai sesuaikan diri dengan situasi tersebut. Sangat berbeza dengan kesenangan yang ada di rumah. Situasi di sekolah asrama menuntut kita berdikasi dan selesaikan masalah dengan cara tersendiri. Walaupun tampa panduan yang betul.
Tapi sekolah asrama agama tak ada banyak kes buli pelajar junior. Antara faktornya adalah budaya sekolah itu sendiri yang bukan di bawah jajahan British.
So pada seteruskan Form 4 dan Form 5 dengan result PMR yang bagus, saya dapatlah keluar dari sekolah ini untuk mencari penglaman baru dan buat permohonan sendiri ke sekolah asrama penuh kerajaan pula. Saya buat semuanya sendiri termasuk berjumpa dengan guru besar ye.
Jadinya saya dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh sains di Muar. Di sana saya impress dengan facilities yang ada berbanding dengan sekolah asrama agama sebelum ini, di sini ada banyak kemudahan, ruang sekolah yang besar. AIR still ada masalah tapi tak la seteruk sebelum ini.
Walaupun punyai tanah yang besar dan luas. bahagian asrama perempuan alamak sempitnya. Agak sukar untuk rasa bebas dan privasi tersendiri.
Saya akui sekolah di asrama penuh, situasinya agak tertekan sebab terlalu stress dengan studi, studi, studi dan sukan. Semuanya untuk sekolah! Naikkan nama sekolah! Naikkan nama sekolah!
Saya pula ambik jurusan sains. lagilah susah nak faham.
Tapi saya rasa seronok dapat bergaul dengan berbagai kawan dari serata pelosok negeri. Waktu jadualnya agak padat, Banyak masa di habiskan dengan aktiviti belajar dan bersukan. Tapi rohaniah tak banyak. Kes buli ada juga, sebab itu sudah menjadi tradisi sekolah asrama penuh, sejak azali lagi. Mengapa? mungkin sebab sekolah asrama penuh ini di bawah jajahan penjajah dulu.. budaya yang sama. Kononnya nak buatkan seseorang itu jadi tough.
Saya ni nampak macam kerek... macam bagus aja tak takut dengan senior hahahaha... Itulah antara sebabnya senior tak puas hati dengan saya. Tapi dengan sebab itu juga ketua gangster di sekolah saya ingat namanya Rambo masukkan saya dalam geng dia. Saya ikutkan saya kalau tidak, nasib akan menjadi lebih teruk.